Kuih Cincin Sabah memang unik sebab hanya terdapat di sabah
dan Sedap sebab saya makan sepanjang masa rasanya sedap. Kali pertama cuba
dah lupa bila, tapi sekali cuba, baru tahu sedapnya. Bentuknya bukanlah
seperti bentuk cincin pertunangan belah rotan yang anda bayangkan sebaliknya
gabungan 7 cincin. Jadi anda akan dapat lihat yang kuih ini ada 7 lubang
Kuih amplang terkenal di Tawau.Uniknya ia hanya dihasilkan di
Sabah. Ianya diperbuat daripada ikan dan harganya sekitar rm2 utk 100 gram.Keropok Amplang ini merupakan keropok ikan yang
saiznya kecil sedikit dari bola ping-pong. Rasanya sangat sedap, sesuai dimakan
bila-bila masa. Lebih sedap jika ada yang membuatkan teh atau kopi panas.
Keropok amplang sangat rangup, jika memakannya, seolah-olah tidak boleh hendak
berhenti makan sehingga habis.
Masakan Tradisional
(Kelupis & Lamban) Kota Kinabalu
masakan ini disajikan pada majlis2 perkahwinan,
hari raya & kenduri-kendara.
Lamban ialah beras pulut yang dibalut dengan daun kelapa muda, manakala kelupis pula beras pulut yang dibalut dengan daun nyirik kedua-duanya dimasak dengan cara kukus.
Lamban ialah beras pulut yang dibalut dengan daun kelapa muda, manakala kelupis pula beras pulut yang dibalut dengan daun nyirik kedua-duanya dimasak dengan cara kukus.
am bu yat
cara memakan ialah dengan
mnggunakan lidi yang dipatahkan seperti chop stick.Lidi tersebut hendaklah
dipusing supaya sagu tadi terbelit di lidi.
Ambuyat dimakan dengan
pencicah. Ambuyat juga boleh dimakan dengan gulai,sambal belacan dan
sebagainya.
Rasa ambuyat adalah
tawar.Sebab itulah ianya perlu dicicah dengan kuah yang disediakan.
Memakan ambuyat hendaklah
terus ditelan tanpa perlu dikunyah terlebih dahulu. Pertama kali aku memakan
ambuyat agak sukar kerana ambuyat tidak lekat di lidi.Setelah bertungkus lumus
dan tunjuk ajar dari cikgu-cikgu yang berpengalaman akhirnya aku berjaya
menelan ambuyat…
Sebagai anak jati suku kaum suluk, sangat bangga
kerana kuih penyaram atau orang suluk panggil (kuih Panyam), telah mula
dipromosikan. Untuk pengetahuan semua, kuih ini ada skil n cara nak buatnya.
Klu ikut keparcayaan orang suluk, masa nak buat kuih ini, tidak boleh ditegur
kerana nanti kuih n bentuknya tidak akan menjadi. Entahlah, ini kebetulan ke
atau sebaliknya. Tidak menggunakan acuan, tapi hanya guna dua batang kayu yang
dibentuk seolah2 macam pedang untuk mengalirkan minyak panas. Yang uniknya,
dengan mengerakkan alat itu, bunga kuih ini akan terbentuk. Namun, ianya
bergantung kepada kepakaran si pembuatnya. Dan itulah keistimewaam kuih
penyaram(kuih panyam) yang tidak dipunyai oleh kuih2 lain. Masa kecil2 dulu
saya n rakan2 m'gelarnya sebagai kuih UFO...
No comments:
Post a Comment